Sunday, 24 July 2016

Tebus Kad Mesra Petronas

Semalam, ketika ingin mengisi minyak di kaunter Petronas Hulu Klang, juruwang berpesan katanya dalam akaun kad saya ada lebih kurang RM35, boleh lah nak beli apa-apa di sini atau isi minyak dengan nilai RM35 itu. Saya agak terpinga-pinga mulanya, sebab selama beberapa tahun guna kad ini tak pernah lagi terima pesanan sedemikian dan tak pernah lagi tebus apa-apa menggunakan kad seperti ini.

Katanya lagi, point dalam kad encik akan tamat setiap 3 bulan..hmm saya konfius sekejap, agak cepat tempoh 3 bulan tu, sebulan isi minyak rasanya ada la dalam RM300-400 yang hanya dapat point 228 point ( point dikira per liter minyak yang dibayar ), dalam RM2.28 saja sebulan..entahlah.


Kad Mesra Petronas Edisi Terkini

Dan awal pagi tadi, saya ke Petronas Sri Gombak, cuba untuk tebus point itu..terus saya ke kaunter bertanyakan juruwang yang berbangsa bangladesh itu, selepas memberikan kad kepadanya, tanpa bercakap sepatah pun, dia terus periksa point dalam mesin kad, kemudian keluar resit yang bertulis point terkini 3,599, katanya encik terus masukkan kad dekat mesin di pam dan terus boleh isi minyak seperti biasa..Ohh..semudah itu rupanya..

Dan di pam, selepas masukkan kad di mesin..seperti biasa arahan menyuruh keluarkan kad, namun tiada pula arahan selajutnya..dan mencuba sekali lagi..baru dapat arahan pilih bahasa dan pam diluluskan..dapatlah saya isi minyak seperti biasa..

Axia saya yang tangkinya hampir kosong..saya agak dapatkan isi RM35.99 untuk penuhkan tangki 20 liter..sedang menunggu..tetiba pam berhenti tepat pada nilai RM35.99 @ 20.5651 liter dan keluar resit seperti dibawah...kini point saya kosong semula selepas tekun dan setia menggunakan Kad Mesra Petronas ini sejak setahun yang lalu..

Sekian.barukutahu.


3,599 point @ RM35.99

22 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Tertarik lah dengan konsep blog ni. 'baru ku tahu'.. Ilmu yang berguna untuk orang yang baru nak tahu.

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. senang nk dpt point juga... sekejap je blh dpt kumpul byk point sampai mcm tu... lagi baik juga kalau mcm tu.. senang.. lagi2 skrg blh dpt 3x point dengan setiap ltr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih senang dapat point, lebih point akan diminta untuk redeem, atau semua barang yang minta mata sikit akan dihabis redeem, yang ni lah aku tak suka bila benda jadi tidak ada value

      Delete
  3. dengar2 blh dpt baju lagi dengan point kad mesra... tapi bila pg tanya.. dah habis... rasanya kena pg station lain dan pg cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baju saja boleh redeem ke? kesian semua petronas mesra kad orang kena cari di tempat lain, mungkin pergi kampung cari. harap petronas akan renew lebih barang worth untuk redeem

      Delete
    2. Petronas ada byk cawangan tu....
      Mercedes AMG PETRONAS F1 sudah menang 4 tahun berturut-turut Petronas ada satu "limited edition of PETRONAS 4X World Champion t-shirt" berharga RM15+200 Mesra points
      Mungkin ada byk stock lagi sebab hanya start jual sejak 1hb disember

      Delete
  4. aku baru register petronas mesra kad, ada apa promotion yang i miss out?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ak rase promotion dia takat ni baju mercedes F1 tu je ko beli dgn harga rm 15, ko dpt collect point 200 sbb harga runcit rm 20..kalau x de kad mesra tu, rm 20 la kena byr

      Delete
    2. Skrg ni ada program 3x mata ganjaran
      Setiap 1 liter petrol dibeli, 3 mata ganjaran akan diberi
      Promosi ni ada kat website Petronas, boleh pergi tengok,...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Antara petronas dgn shell, minyak shell lagi bagus.. tapi kalau loyalty kad, petronas mcm slow je nak collect point sbb 1L 1 Point kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak uptodate ke kak?? skrg, petronas bagi 1L 3x points.. kalau akak ade credit card maybank lagi cun sbb dpt 8x points... tapi sy guna cimb credit card petronas punye dapat 7% cash back.. untung la dari Ptrn tu hehehe

      Delete
    2. Mcm mane tu cara penggunaannya dengan card

      Delete
  7. smlm pegi ke petronas nak daftar petronas mesra kad tapi staff dia ckp kad abes... sedih sgt hari ni nak pegi tmpat lain sbb tgk petronas ade mcm2 promotion bagi lagi best dari shell yg sendu hahaha

    ReplyDelete
  8. Salam semua, sebelum ini sy tak setia kepada sesuatu jenama sehinggalah pertengahan 2015 sy beli Perodua Axia, sejak itu saya tekun dengan kad mesra sehinggalah entry ini ditulis. Hingga kini saya masih dengan kad mesra cuma point hanya 1200 lebih je sebab dh kurang sikit penggunaan. Sy tak percaya minyak mana yang lebih baik, bagi sy baik setia dengan jenama yg mudah untuk kita guna seperti petronas ni yang stesennya ada berdekatan dengan rumah sy, tempat keja dan juga dalam perjalanan balik hinggalah sampai di kampung pn ada. so senang nak collect point.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada mungkin kamu kurang drive kot... aku setiap hari drive pg keja dan balik byk point blh collect pun... hmm... Sampai skrg guna brand tu juga... aku pun sama... tapi point tu... kamu selalu ada pg collect x? bila isi.

      Delete
  9. Macam mana nak tahu point saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download apps Petronas 'pitstop'dekat play store dan setupkan sewajarnya.

      Delete
  10. Wah! Sya hampir terlupa kad mesra yang sya gunakan selama ini. Lps ini, bolehlah buat isian penuh hari ini. Thanks perkongsian bossku

    ReplyDelete
  11. Mcm mane nak kire point tu😅😅kalau contoh dlm kad tu ade 1,234 ke...tu maksudnye?

    ReplyDelete