Pertama kali menghantar kereta ke bengkel untuk proses penjajaran atau "allignment" tayar kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada masa itu bengkel sudah pun menggunakan mesin berkomputer seperti biasa anda lihat gambar disebelah dan bacaan hasil penjajaran yang dapat dilihat pada monitor dibawah. Saya biasa lihat kebanyakan bengkel menggunakan mesin berkomputer ini.
Hari minggu lalu, saya ke bengkel yang berdekatan. Pertama kali saya lihat mesin penjajaran manual ini yang masih digunakan seperti gambar di bawah. Menurut pekerja bengkel, ia telah digunakan sejak 20 tahun lalu dan disukai pelanggan tetap mereka. Mereka lebih mempercayai mesin manual ini berbanding mesin model berkomputer. Proses penjajaran pun ringkas, cuma ia perlu dilakukan oleh seorang pekerja yang mahir mengendalikannya.
Mesin terletak dibawah lantai |
Proses penjajaran tayar belakang sedang dilakukan. |
Proses dimulakan dengan meluruskan tayar ke atas platform mesin dan memeriksa sudut tayar. Kemudian pekerja membetulkan skru chamber dibawah. Selesai proses, beliau akan menguji kenderaan sebanyak satu pusingan dan jika kurang memuaskan, penjajaran akan dilakukan semula sehingga beliau berpuas hati. Ia agak remeh dan sebab itu pekerja mahir sahaja yang boleh lakukannya. Untuk kereta saya, beliau terpaksa ulangi sekali lagi penjajaran tayar belakang.
Kelihatan proses agak remeh dan lambat, caj nya pula RM50 untuk sebuah kereta adalah lebih mahal daripada menggunakan mesin berkomputer yang biasanya dicaj dalam RM30 sebuah kereta. Namun saya rasa mungkin ia lebih baik daripada mesin berkomputer jika ia benar disukai oleh pelanggan tetap bengkel ini seperti diberitahu pekerja itu tadi.
No comments:
Post a Comment