Katanya lagi, point dalam kad encik akan tamat setiap 3 bulan..hmm saya konfius sekejap, agak cepat tempoh 3 bulan tu, sebulan isi minyak rasanya ada la dalam RM300-400 yang hanya dapat point 228 point ( point dikira per liter minyak yang dibayar ), dalam RM2.28 saja sebulan..entahlah.
Kad Mesra Petronas Edisi Terkini |
Dan awal pagi tadi, saya ke Petronas Sri Gombak, cuba untuk tebus point itu..terus saya ke kaunter bertanyakan juruwang yang berbangsa bangladesh itu, selepas memberikan kad kepadanya, tanpa bercakap sepatah pun, dia terus periksa point dalam mesin kad, kemudian keluar resit yang bertulis point terkini 3,599, katanya encik terus masukkan kad dekat mesin di pam dan terus boleh isi minyak seperti biasa..Ohh..semudah itu rupanya..
Dan di pam, selepas masukkan kad di mesin..seperti biasa arahan menyuruh keluarkan kad, namun tiada pula arahan selajutnya..dan mencuba sekali lagi..baru dapat arahan pilih bahasa dan pam diluluskan..dapatlah saya isi minyak seperti biasa..
Axia saya yang tangkinya hampir kosong..saya agak dapatkan isi RM35.99 untuk penuhkan tangki 20 liter..sedang menunggu..tetiba pam berhenti tepat pada nilai RM35.99 @ 20.5651 liter dan keluar resit seperti dibawah...kini point saya kosong semula selepas tekun dan setia menggunakan Kad Mesra Petronas ini sejak setahun yang lalu..
Sekian.barukutahu.
3,599 point @ RM35.99 |